December 07, 2013

Belajar sampai naik gila ? Apa dah jadi??


Student2 sekalian, dah belajar tak masuk juga..nak cari alternatif ? Nak cari supplemen yg dapat menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi ?? 

Kombinasi LECITHIN dan B-COMPLEX membantu anda fokus dan meningkatkan ingatan.



✎ SMS/Call/ Whatsapp : 012-90547545 (Haulia) Penghantaran seluruh negara. 
✎ COD: UTM Skudai, Kulaijaya, Senai
✎ SID: 890792
✎ Blog : http://bubblescantiksihat.blogspot.com/
✎ PM : http://www.facebook.com/messages/Nurin.Bubbles.Shoppe

Lenguh-lenguh berkurangan dengan Omega Guard

Assalamualaikum..ceria pagi sabtu panas pagi ni..Alhamdulillah..Dapat sidai baju kat luar rumah. Anyway, saya nak sharing cerita pasal kawan saya yang aktif bersukan ni. Bulan lepas dia mesej saya macam mana nak kurangkan kolesterol dan sakit badan. Em..saya nasihatkn ambil omega guard dengan lecithin. 

Well, alhamdulillah memang ada berita yang baik. Kata dia bila malam tu pegi main bola , pagi bangun tak berapa nak sakit badan ni. Almaklum la kan, usia dah makin meningkat ni mula la sakit badan, sakit belakang dan sebagai nya.  

Kata die : "Walaupun training , tapi pagi esok nya bangun badan tak penat dan sengal-sengal hilang"



Lagi kebaikan daripada omega guard nih:
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat 
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
Best tak..kalau-kalau rasa sakit-sakit badan lebih baik ambil Omega Guard ni..in shaa Allah boleh membantu.


Hubungi saya, Haulia Razali di 012-9054745 untuk harga istimewa Bulan December 2013 ini. Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya.






October 12, 2013

Bila asben mula pegang screw driver

Alkisah hari sabtu yang aman damai ni..dan bila isteri asyik komplem sakit kaki, sakit badan, sakit belakang dan sebagainya..haha ! Dan bermulalah kerja-kerja membuka katil...akhirnya, encik asben pun sudi turunkan katil ke bawah.

googled image

Pada asalnya, takde katil pun kat bilik bawah ni sebab sempit je biliknya.. tapi di sebabkn kemalangan yang lepas..dah 3 hari susah nak naik tangga kat rumah bila nak tidur malam..jadi, katil yang single ni diturunkan untuk kelesaan saya la..hehe..

allen key
okla, apa pun kepada sesiapa yang nak order COLLAGEN PROMO bulan ni cepat-cepat PM saya k.

SMS/whatsapp/Call : 012-9054745 (haulia)



October 10, 2013

Surah Yaasin - Ikhtiar doa sembuhkan patah tulang

Selain berusaha makan supplemen yang berunsur kalsium, anda juga boleh berusaha melalui bacaan ayat ni diberikan oleh penceramah Dr Fatimah Zahra menurut Syed Naseer melalui blog nya:

Caranya:

Sediakan air..bacakan surah Yaasin dari mula sampai akhir, 2 ayat di atas diulang 3 kali. Bacalah dengan penuh harapan agar Allah akan menyembuhkan si pesakit tadi.

Air tu buat minum dan sapu ke tempat sakit dalam keadaan sehala ke bawah. Amalkan selalu. InsyaAllah.. dengan amalan tadi mudah-mudahan dapat menarik rahmat Allah utk sembuhkan pesakit.

Menurut Syed Naseer melalui blognya, sebenarnya apa-apa kesembuhan pun dari Allah. Ikhtiarnya ada macam-macam cara. Tengoklah mana yang sesuai dengan kondisi pesakit dan gerak hati kita yang mengusahakannya. Ape pun.. ikut pengalaman lepas.. kalau selalu beristikharah.. kita tidak akan menyesal dengan apa pun keputusan yang kita buat… sebab ianya di pandu oleh Allah.

Teruskan membaca di sini untuk bacaan doa lengkap: syednaseer: Yaasin -ada doa sembuhkan tulang patah:
 وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ

Ayat 78Dan ia membuat perbandingan kepada Kami. Dan ia lupa akan kejadiannya lalu berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang hancur?

قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
Ayat 79 . Katakanlah: Yang menghidupkannya adalah Penciptanya pada mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala makhluk.

In shaa Allah, saya akan cuba amalkan ayat2 di atas selain berdoa semoga saya cepat sembuh..exams is just around the corner..

October 09, 2013

Tulang patah atau kekurangan kalsium?

Another day gone thru..and yet things happened. Alkisah lagi, kepatahan jari kaki ku akibat 'terbang' ketika turun tangga dengan lajunya. Memang masa terhempas kaki ke simen tu memang tak tertanggung rasa sakit tu, tapi tahan juga la. Banyak sangat fikir ni, sampai nak turun tangga pun tak fokus. Anyway, apa yang menarik nye sebenarnya ialah..Malam tadi sebelum tidur saya ambil Ostematrix shaklee..satu hari selepas patah even selepas dah bersimen pun memang sakit, berdenyut-denyut rasa ngilu pun ada. Tak dapat bayangkan macam mana orang lain yang patah lagi teruk.

Dan, apa yang dapat saya rasa ialah alhamdulillah, pagi ni bangun rasa denyut-denyut tu semakin hilang. Kaki tak rasa ngilu lagi di bahagian tulang yang patah. Mungkin benar saya kekurangan kalsium. Bila dah patah tulang ni, salah satu nya kena la bersimen, dan aktiviti harian semakin terhad. Nak jalan pun susah, terpaksa pula suami yang bantu. Jadi, yang di luar sana, nasihat saya, jaga kesihatan anda selagi boleh..jalan pun hati-hati kalau tak nak jatuh macam saya ni. Bukan setakat jatuh sahaja sekali pakej dengan patah. 

Habis semua program tak dapat nak di jalankan. Masa juga terbuang di hospital. Namun, jangan sesekali mengalah atau mengeluh, takdir begini tentu ada hikmah yang baik di sebalik nya. In shaa Allah..

Ni la rupenye kaki bersimen..aduhh
Kebaikan Ostematrix Shaklee yang perlu anda semua tahu:

250mg kandungan kalsium dalam Ostematrix ini dapat membantu menguatkan tulang dan selain daripada mengurangkan risiko sakit tulang seperti atritis dan merendahkan risiko reput tulang. Selain itu, kalsium juga dapat membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik. Ianya juga dilengkapi dengan 400IU vitamin D yang diperlukan untuk membantu meyerapan maksimum kalsium. 

Ibu menyusu anak dan wanita mengandung disarankan mengambil bekalan kalsium yang mencukupi untuk mencegah dari osteoporosis. Begitu juga pengambilan kalsium sangat di galakkan bagi mereka yang patah/retak tulang seperti saya sekarang (huhu..) , orang yang meningkat umur serta mereka yang amat mementingkan kesihatan tulang. 


Berminat untuk jaga kesihatan tulang anda?

SMS/Whatsapp/Call : 012-9054745 (haulia) 

September 24, 2013

Cabaran menjadi seorang student

Hari ni nak cerita pasal jadual kelas yang semakin padat semester ni. Penat makkk !..haha..dah masuk minggu ke-3 pun tapi jadual pun masih tak updated. Ada juga yang mencadangkan supaya tukar masa kelas dan sebagainya yang masih belum confirm lagi sebab lecturer tak datang.. Projek master satu pun dah register. Nak buat casting kononnye saya ni..hehe..harapan supaya berjaya habiskan dengan baik. 

Pada kawan-kawan di luar sana, menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi memang perlukan pengorbanan yang kadang2 kritikal juga. Kalau plan nak ambil fulltime kena la lepaskan kerja tetap. Kena fikir kan tentang ekonomi keluarga juga boleh ke support semua kan? Kena berbincang jika dah berkahwin, keputusan bukan lagi hak kita seorang. Kita adalah hak suami dan anak. Balik kelas pun kalau dah start study tu tak boleh la ambil masa kita dan keluarga sepenuhnya untuk study, kita kena juga luangkan masa bersama mereka. Hakikatnya mungkin suami atau anak kit faham tentang kita yang nak kena ulangkaji ni, tapi kita faham juga tak hak mereka untuk kasih sayang kita. 

Memang kadang-kadang kita akan rasa marah bila di ganggu, esok nak exam anak pulak sibuk ajak main bola..Aduhai..ada yang radikal terus tutup pintu sebab nak study punya pasal. Tapi sedarkah kita , anak yang tadi jika kita layan sebentar apa salahnya. Seharian ke kelas, dia di taska bila balik kita masih dengan hal (study) kita yang tak abis2. Jika anda seorang muslim, sentiasa berpegang kepada janji Allah yang memberikan balasan baik jika kita yakin pada takdirNya. Mengikut pengalaman saya sendiri, jika saya abaikan anak saya untuk study sejurus selepas balik ke rumah, maka apa yang saya baca tadi tak begitu lekat. 

Kemudian saya ubah cara saya..saya luangkan masa saya untuk keluarga saya dari makan malam sampai saya tidurkan anak saya. Kemudian saya baca sedikit nota..kemudian tidur..(hak suami saya)..Saya bangun agak awal, luangkan masa sebentar untuk baca sebelum subuh..dan Alhamdulillah..Cara ini lebih menjadi. Saya masih ada masa untuk anak, suami dan juga pelajaran saya. Mungkin setiap orang lain cara nya . Tapi apa yang boleh saya tekankan di sini jangan abaikan keluarga kita. Meraka adalah anugerah Allah , amanah Allah untuk kita. Bukan setakat belajar sahaja. In shaa Allah, untuk semester ini saya akan lebih berusaha untuk berjaya. Doakan saya ye..

Nukilan hari ini...P/S: Nak beli poduk SHAKLEE boleh sms/call/whatsapp saya H/P: 012-9054745 (saya pun masih ada masa untuk poskan order anda, in shaa Allah )



September 23, 2013

Pelihara kesihatan Hati anda


Tahukah anda hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan fungsi-fungsi termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan. Jika anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti kerap merokok, mengambil alkohol serta minuman berkarbonat, makan makanan yang tidak berkhasiat serta sering terdedah kepada bahan pengawet dan racun perosak, ianya dapat memyebabkan anda terdedah kepada penyakit hati.


Antara gejala kemerosotan hati ialah gangguan sistem imun yang kerap menyebabkan penyakit seperti: 
  • Cepat tua, letih, mengantuk dan kurang daya tumpuan, 
  • Kemurungan dan perubahan emosi, 
  • Timbul cela pada kulit wajah dan lingkaran gelap serta bengkak merah pada mata, 
  • Masalah pencernaan dan pedih hulu hati
  • Sembelit
Menurut sumber (myMetro), walaupun kemungkinan seseorang itu terutamanya wanita mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan tidak mengambil alkohol dan merokok. Namun dengan penggunaan pelbagai jenis alat solek, barangan penjagaan diri dan rambut boleh memberi kesan kepada sistem hormon kerana pelbagai jenis toksik daripada barangan berkenaan mudah menyerap melalui kulit.

Shaklee DTX complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan. Antara kebaikannya ialah: 
  • Mempertingkatkan cici-ciri aliran hempedu.
  • Membekalkan Antioksidan yang menyah-toksik hati
  • Melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat
Pengambilan supplemen yang betul penting untuk meningkatkan sistem imunisasi semulajadi diri anda. Sayangi hati anda kerana ianya adalah organ yang hebat untuk melawan jangkitan mikroorganisma yang boleh menjadi punca penyakit. 


Anda berminat dengan detoksifikasi? Ingin lindungi hati anda ? Hubungi saya untuk konsultasi :

SMS/Whatsapp/Call : 012-9054745 (haulia)

September 21, 2013

Giveaway hari ini ..Hari sabtu

Saje la suka-suka buat design banner ni hari ni. Ada yang tempah nak buat blog..Jadi alang2 ni ada satu design lagi yang nak diberi percuma kepada yang baca blog saya ni. Ada syarat ke??

Tiada! Cuma saya rasa lebih kepada pengedar Shaklee sebab dah design yang ada vitamin Shaklee..hehe..

Bagi yang berminat , sila komen kat bawah ye saya nak (komen di blog ye). Cukup 5 komen saya akan undi la nak bagi kat sape..hehe..JOM KOMEN Sekarang !

Kepada yang bertuah tu nanti saya tukarkan bahagian tulisan dengan saiz k..(ikut nak letak kat blog ke facebook).


selamat hari sabtu...p/s: nak cari set menyusu? set pantang? Jom contact saya 012-9054745 (haulia)

September 19, 2013

Kesihatan Ibu Mengandung

Kehamilan akan menyebabkan ibu-ibu mengalami perubahan jelas dari segi bentuk fizikal, perubahan hormon dan juga emosi. . Di saat kehamilan ini, anda sangat digalakkan menjaga kesihatan secara optimum supaya bebas daripada masalah kesihatan yang boleh menganggu perkembangan bayi dan diri anda sendiri. Antara langkah-langkah yang dapat diambil seperti makan dengan baik dan mengambil tambahan asid folik, lakukan senaman, mengambil minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 yang mana dapat membantu perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.(sumber :babycenter.com) Namun perlu dingat bahawa kadangkala sumber terus daripada ikan berminyak mengandungi merkuri dan logam berat yang boleh membahayakan bayi. Sumber minyak ikan yang boleh dipilih daripada pilihan jenama yang baik iaitu :


Omega Guard Shaklee:
Omega Guard daripada Shaklee mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA,. Kedua-dua asid lemak ini berfungsi merendahkan kandungan lemak di dalam darah, selain dapat membantu perkembangan memori yakni sangat baik untuk perkembangan otak dan dan dapat mencegah pembekuan darah dalam badan. (sumber : genkimomma)



Selain itu ibu hamil juga disarankan supaya menghadkan pengambilan kafein dan alkohol dan lebihkan berehat. Kafein dan alkohol dipercayai akan meningkat risiko keguguran. Selain itu ,anda juga digalakkan untuk memulakan senaman lantai pelvik untuk memudahkan kelahiran kelak. Ada juga pendapat umum yang menyarankan ibu hamil mengamalkan menyapu minyak zaitun secara urutan lembut pada bahagian perut untuk mengelakkan mengurangkan kesan regangan yang jelas.

Hubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut SMS/Call/Whatsapp: 012-9054745 




Klik-Klik

Followers

Unordered List